Istilah kata Kvas

Perkataan "kvas" diambil dari bahasa Slav Timur Kuno квасъ, kvasŭ, yang bermaksud "ragi".[1] Perkataan ini hampir tidak berubah dalam semua bahasa-bahasa Slavik moden: bahasa Poland kwas, bahasa Rusia, Ukraine dan Belarus квас.

Di Lithuania dan Latvia, yang tergolong dalam rumpun bahasa Baltik dan bukan Slavik, minuman ini masing-masing dikenali sebagai gira dan dzira. Namun begitu di Latvia perkataan dzira dianggap usang atau ketinggalan zaman dan orang ramai kini lebih banyak merujuknya sebagai "kvass" (kerana tatabahasa Latvia menetapkan kata nama maskulin mesti berakhir dengan "s" tidak kira sama ada perkataan tersebut sudah ada "s" di penghujungnya). Keadaan ini mungkin juga disebabkan 1/3 warga negara Latvia merupakan kaum etnik Rusia.